KUALA LUMPUR: Seramai 249 pelajar tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) lulus 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan pada Khamis.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd. Nizam Yahya berkata, beliau meneliti laporan penuh keputusan SPM di lima sekolah yang menerima sumbangan zakat MAIWP.
“Meskipun terlalu banyak cabaran yang terpaksa diharungi sepanjang pembelajaran dan sistem pendidikan dalam tempoh pandemik ini, para pelajar telah mampu mencatatkan kejayaan yang membanggakan.
“Semoga kejayaan ini mendorong mereka untuk lebih berjaya di peringkat kolej atau di institusi pengajian tinggi nanti, selain mengharapkan ia menjadi pembakar semangat kepada calon SPM tahun 2022 untuk mencapai keputusan lebih baik lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan SPM pelajar institusi MAIWP di sini pada Jumaat.
Lima sekolah berkenaan adalah Prestasi Pondok Moden Al-Abaqirah (PMA), Ma'alim Al-Sunan li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN), Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Kuala Lumpur, SMA MAIWP Labuan dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMISTA) Kuala Lumpur.
SMISTA mencatatkan seramai empat orang pelajar memperoleh kesemua 12A dan masing-masing lapan dan 10 orang pelajar yang mencapai 11A dan 10A.
Manakala, SMA-MAIWP Kuala Lumpur mencatatkan seramai tujuh orang calon SPM yang mendapat kesemua 11A, sembilan orang mendapat 10A dan lapan orang mendapat 9A. MAIWP Labuan pula mencatatkan seorang pelajar mencapai keputusan 10A.
Secara keseluruhan terdapat peningkatan bagi prestasi Gred Purata Sekolah (GPS) bagi institusi pendidikan MAIWP termasuk pencapaian kedudukan terbaik GPS SMISTA Kuala Lumpur iaitu 2.08 berbanding 2.55 pada tahun 2020, manakala GPS MSN mencatatkan 2.49 berbanding 3.38 pada tahun sebelumnya.
Tambah Mohd. Nizam, SMISTA menduduki tempat kesembilan daripada keseluruhan 180 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sementara SMA-MAIWP Kuala Lumpur pula menduduki tempat yang ke-11 di seluruh Malaysia.
Terdahulu, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid mengumumkan seramai 336,630 calon SPM 2021 yang layak menerima sijil adalah iaitu 88.09 peratus daripada 407,097 calon yang mendaftar.
Haikal Raman
Fri Jun 17 2022
Seramai 249 pelajar tajaan MAIWP lulus 100 peratus dalam peperiksaan SPM 2021. - MAIWP
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Mei 2024
Jumlah dagangan melonjak kepada 6,332 lot daripada 3,684 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 49,699 kontrak berbanding 47,476 kontrak sebelumnya.
Prestasi ringgit setakat 17 Mei 2024
Indeks Harga Pengguna AS yang diumumkan semalam menunjukkan inflasi negara itu mereda kepada 3.4 peratus pada April daripada 3.5 peratus pada Mac.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Inflasi 2023 meningkat 2.5%, restoran, hotel penyumbang utama
Ketua Perangkawan Malaysia berkata, peningkatan perlahan inflasi pada tahun 2023 ini adalah selari dengan penyusutan kebanyakan harga komoditi global, gangguan bekalan yang mereda, kawalan harga dan pemberian subsidi untuk barangan terpilih.
Ekonomi suku pertama 2024, atas atau bawah 4 peratus?
KDNK suku pertama dijangka 4.0 hingga 4.2 peratus, adakah ia mampu dicapai dan apakah faktor yang menjadi penyumbang utama suku tersebut. Kupasan lanjut bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli.
Berita mahkamah perlu tepat, tidak tokok tambah - Peguam, wartawan
Wartawan perlu melaporkan berita yang tepat, tidak membuat tajuk sensasi dan mengelirukan, hanya untuk mendapat sambutan daripada pembaca.
249 pelajar SPM dibawah MAIWP lulus semua mata pelajaran
Semoga kejayaan ini mendorong mereka untuk lebih berjaya di peringkat kolej atau di institusi pengajian tinggi nanti.